Wednesday, May 13

Prasarana #RapidKL Buka Peluang Orang Awam Berikan Maklumbalas Projek #LRT3


Cadangan pembinaan projek terbaru Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) iaitu LRT3 sudah memasuki fasa berikutnya untuk tontonan dan respon umum. Sesi pemeriksaan awam akan diadakan di 7 buah lokasi terpilih selama tempoh 3 bulan bermula 15 Mei 2015. 



Pada sesi tersebut, cadangan laluan jajaran sepanjang 36 kilometer (km) bersama 25 buah stesen akan dipamerkan dan pelbagai perkara akan dipaparkan untuk makluman umum. Ia termasuklah dengan butiran projek, rancangan pengambilan tanah dan ciri² stesen bagi LRT3 ini. 

Pengarah Urusan Prasarana, Azmi Abdul Aziz berkata pemeriksaan awam itu akan diadakan di pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat di KL Sentral di sini, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam, Shah Alam dan Majlis Perbandaran Klang, Klang. "Pemeriksaan juga akan diadakan di tiga stesen LRT iaitu Kelana Jaya, Masjid Jamek dan Pasar Seni," katanya. 

Menurut beliau, orang ramai boleh mengambil peluang itu untuk meninjau projek berkenaan dan memberi maklum balas tentang LRT3 dengan mengisi borang yang disediakan di lokasi pemeriksaan. Beliau juga berkata input daripada orang ramai sangat penting dan akan dianalisis oleh Prasarana sebelum ia memuktamadkan cadangan berkenaan serta mengemukakannya kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk dibuat penilaian dan pertimbangan. 

Cadangan projek LRT3 berharga RM9 bilion ini akan menghubungkan Koridor Barat Lembah Klang dengan pusat bandar raya Kuala Lumpur dan digabungkan dengan pengangkutan sedia ada dan akan datang. Orang ramai juga boleh mengunjungi laman web untuk meninjau cadangan jajaran dan mencari maklumat berkenaan projek mega kerajaan ini di www.lrt3.com.my bermula 15 Mei ini.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive