Tuesday, September 30

TIDAK PERNAH BERJANJI MALAHAN DITUDUH "MENIPU" @MPKotaBelud @GoteamRD



Pada 24 September 2014, Ahli Parlimen Serdang YB Ong Kian Ming telah mengeluarkan kenyataan yang menggesa saya untuk mendedahkan dokumen-dokumen tender berkenaan cadangan pembinaan sebuah loji sisa kepada tenaga (WtE) di Kepong.

Menurut YB Ong Kian Ming, sekiranya saya gagal berbuat demikian, saya akan dianggap sebagai ‘penipu’ kerana beliau mendakwa saya telah berjanji untuk mendedahkan dokumen-dokumen tender itu ke pengetahuan umum.

Saya ingin menjelaskan di sini bahawa saya tidak pernah berjanji di Dewan Rakyat mahupun kepada YB Ong Kian Ming sendiri. Untuk memperkukuhkan kenyataan saya ini, saya menyiarkan semula salinan-salinan Hansard terbabit dan juga transkrip dari apa yang telah diperkatakan dalam sesi dialog bersama penduduk-penduduk Kepong, seperti di bawah:

Pada halaman 138, 26 November 2013 dari perenggan 8 ke 11, YB Ong Kian Ming berkata:

“Pada suatu taklimat yang yang diberikan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dr Nadzri Yahya kepada penduduk Taman Beringin di Kepong, beliau telah memberi jaminan bahawa semua tawaran ataupun bid yang diterima oleh kementerian untuk kawasan Taman Beringin ini akan diterbitkan terbuka kepada semua orang awam untuk menilai dan juga mengkaji.”

Transkrip dialog WtE bersama penduduk-penduduk Kepong pada 18 November 2013:

Ong Kian Ming dari minit 49.55 ke 50.21

“Pihak kementerian akan memberi semua international bid atau local bid untuk semua cadangan yang akan dikeluarkan incineration, anaerobic digestion, MRF & itu adalah soalan yang pertama. Kern kita nak semua penduduk boleh menilai juga apa cadangan-cadangan yang diberikan oleh pihak-pihak yang berlainan bukan sahaja incinerator tapi cadangan yang lain juga.”

Dato’ Nadzri Yahaya dari minit 50.00 ke 51.26

“Tentang international bid tu, international bid terbuka dalaman dan luar negara. Itu dia pakai international bid. Apabila diannouncekan melalui suratkhabar, semua-semua media. Bila kita terima semua itu kita akan list kan apa-apa jenis teknologi yang dioffer. Itu jelas kita ada international bid. Dia boleh datang as their own katalah dari China ke, Amerika ke, dia boleh datang secara international company.”

Ong Kian Ming pada minit 51.27

“It will be published dan semua orang akan boleh tengok?”

Dato’ Nadzri Yahaya pada minit 51.28

“Ya,ya,ya.”

Sebelum saya membuat penjelasan di Parlimen pada 26 November, Dr Nadzri telah memaklumkan kepada saya bahawa pihak kementerian akan mendedahkan dokumen-dokumen tender dalam kapasiti yang dibenarkan untuk didedahkan kepada umum, yakni mengikuti prosedur lazim tender.

Sebagai rekod umum, daripada 33 soalan-soalan pra-kelayakan yang diserahkan, teknologi-teknologi yang dikenalpasti untuk dipertimbangkan adalah:

• Incinerasi
• Gasifikasi
• Pirolisis
• Gabungan Teknologi

Susulan kepada itu, Penilaian Impak Alam Sekitar Terperinci (DEIA) akan dilaksanakan berdasarkan teknologi yang disenaraikan di atas. DEIA dijangka akan disiapkan pada Jun 2015. Sebaik sahaja keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (DOE) dituntuti, kelulusan kepada DEIA akan diberikan.

Berdasarkan kepada penjelasan yang diberikan, cadangan pembinaan loji WtE ini tidak akan bertolak ansur berhubung kepentingan rakyat dan alam sekitar.

YB Ong Kian Ming tidak sepatutnya mengelirukan awam dengan mengeluarkan maklumat yang tidak tepat, menuduh orang lain sebagai ‘penipu’ kerana ini jelas tidak memaparkan ciri-ciri kepimpinan mahupun tahap akademik seorang pemimpin. Beliau tidak sepatutnya mempolitikkan isu ini kerana projek ini jelas akan memanfaatkan rakyat.

Datuk Abdul Rahman Dahlan,
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive