Sunday, July 20

#SolidaritiJustice4MH17 KEADILAN PERLU BUAT MALAYSIA @KhairyKJ @AzwanBro


Pemuda UMNO dan badan bukan kerajaan (NGO) akan menyerahkan memorandum kepada kedutaan Russia, Ukraine dan pejabat perwakilan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk meminta pihak berkenaan menyelesaikan konflik di timur Ukraine sehingga menyebabkan pesawat MH17 terhempas dipercayai akibat ditembak jatuh.


Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun (gambar) berkata pihaknya akan meminta PBB mencari jalan penyelesaian supaya kerajaan Rusia dan Ukrine mengetepikan pertikaian antara mereka bagi memudahkan siasatan dijalankan serta membenarkan pasukan bantuan masuk ke kawasan kejadian untuk mengeluarkan mayat mangsa.

"Walaupun laporan ada menyatakan kejadian itu berpunca daripada tembakan misil, kita harap jangan ada pihak yang cuba melindungi pihak yang terlibat. Rakyat Malaysia terutama keluarga mangsa mahukan keadilan," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program sumbangan Aidilfitri bersama-sama anak angkat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, di gedung beli-belah Mydin di Ipoh Ahad.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Ukraine yang sedang bergolak. Pesawat itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777 itu ditembak jatuh. Lokasi pesawat itu terhempas terletak di kawasan pasukan tentera Ukraine yang sedang berjuang menentang kumpulan pemberontak pro-Russia.

Khairul Azwan berkata, rakyat Malaysia terutama keluarga mangsa yang terlibat sangat sedih dan kecewa dengan kejadian yang berlaku itu.

Beliau juga berharap kotak hitam pesawat berkenaan diserahkan kepada kerajaan Malaysia. AD

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive